Friday, 19 July 2013

Pulau Besar Mersing

Hai bertemu kembali..

So percutian ke Pulau Besar, Mersing ni dh lama. Rasanya bulan 7 2011. Pulau Besar Mersing ni dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar. Tp di sana xda babi pun. Jadi jgn risau.

Perjalanan ini memang x dirancang. Main redah je..Masa itu kitorg tgh lepak di mamak. Hajatnya nk ke Pulau Besar Melaka. Tp google images menunjukkan Pulau Besar Mersing lg terbaikk..Jd kitorg tanpa pack barang start enjin terus drive pergi..Ini memang kerja gila..

Perjalanan dari Kajang ke Mersing mengambil masa lebih kurang 6 jam. Bertolak dari tol Kajang pada pukul 3.30 pg. Kemudian exit di tol Ayer Hitam. Kadar harga tol adalah RM30.60. Selepas exit di Ayer Hitam perjalanan agak mencabar untuk ke pekan Mersing kerana jalannya agk berliku dan banyak lori serta bersebelahan dgn Hutan Simpanan Endau Rompin. Sy pn xpasti samada mempunyai lampu jalan atau tidak jika nk lalu waktu malam.

Sesampainya di Mersing dalam pukul 10.30 pg, kami terus ke jeti Mersing untuk mencari tiket boat serta penginapan. Di situ ada agen pelancongan menawarkan pakej dari 2 atau 3 resort di sana. Pakej termasuklah breakfast dan tiket boat. Namun akibat kekangan bajet kami xmampu nk ambil pakej mahal2. Jadi kami hanya ambil tiket boat yg berharga RM60 pergi balik seorang serta sebuah chalet. Di sini juga ada jeti ke Pulau Tioman.

Selesai beli tiket kami ke pekan Mersing untuk membeli barang keperluan. Oleh sebab memang xpacking barang jd perlulah membeli pakaian lebih. Sebelum kembali ke jeti untuk bertolak kami makan tengahari terlebih dahulu untuk berjimat.

Boat untuk semua chalet hanya beroperasi pada pukul 12.00 tghari. Jadi kalau nk dtg ke Pulau Besar ni kena sampai awl la. Perjalanan dari jeti ke Pulau Besar ni mengambul masa lebih kurang 45 minit.

Sampainya di Pulau Besar memang sgt teruja kerana tempatnya begitu cantik sekali. Klik gambar untuk WOW!!..

Gambar xedit ok..

Dari jeti Pulau Besar ke chalet cuma 2 minit berjalan kaki. Pulau ni xperlu sewa kereta atau kenderaan kerana sangat kecik. Chalet yg kami menginap tu xda nama sebab chalet tu dibina oleh org tempatan di sana. Harganya RM90 semalam. Chaletnya agak kecil tp sesuai untuk tidur bertiga kerana disediakan 1 katil single dan 1 katil queen. Di dalamnya juga tersedia toilet.

Sesampainya di chalet, kami letak brg dan bersiap2 untuk terjun ke laut. Selepas penat mandi bekalan roti dan tuna dikeluarkan. Berhadapan chalet tersebut ada meja piknik disediakan. Bolehla berehat2 sambil keringkan pakaian di situ dulu. Pulau ni sangatlah aman. Xpadat. Sesuai untuk pasangan berhoneymoon.

Apabila malam menjelang, suasana di pulau tersebut sangat gelap. Hanya lampu2 dari chalet menerangi pulau tersebut. Suasana malam pn sangat sunyi hanya kedengaran bunyi ombak memukul pantai.


Selepas membersihkan diri kami pun ke chalet bersebelahan untuk mencari makan malam. Makanan di sini agak mahal. Tp disebabkan kelaparan dh xkisah pasal bajet dh. Memang makan je. Selepas makan di situ, kami lepak2 sekejap kerana di situ ada snooker dan board game di ruang rehat. Lebih kurang pukul 10 malam kami pun pulang ke chalet untuk merehatkan diri.

Hari kedua di sana, kami bangun awal pg untuk mandi laut lg..Yeayy.. Selesai mandi kami pergi breakfast di chalet sebelah lg. Harga buffet breakfast di sana dlm RM20++ tp xbanyak pilihan makanan.

Selesai breakfast kami bersiap2 untuk checkout. Dan lepak sekejap sebelum boat dtg.


Boat akan sampai sebelum pukul 1 petang. Pastikan berada di sana awal kerana kadang2 boat akan bertolak sebelum pukul 1 petang tanpa memberitahu anda terlebih dahulu. Jika terlepas boat tersebut anda terpaksa bermalam di sana lg.

     Ni gambar sebelum pulang..

Pulau Besar

Kejernihan air sampai nampak ikan

Tamatlah sudah percutian di Pulau Besar. Kalau ada rezeki memang akan datang ke sini lg.

Itu saja untuk kali ni..Nantikan percutian yg lebih syok dari sy..

Stay tuned...

2 comments: