Hari ke-2
Hari ni kami pun checkout la bilik hotel dlm pukul 10 pg. Kemudian ke KFC untuk breakfast. Di sini banyak giler KFC. Memang xsusah nk cari. Selesai saja breakfast kami pun meneruskan perjalanan untuk ke Tip of Borneo yg berada di Kudat. Perjalanan ke Kudat mengambil masa lebih kurang 4 jam. Anda boleh ikut je sign board ke Kudat. Tips untuk anda yg menyewa kereta isi minyak biar full pn xpa kerana di sepanjang perjalanan bila anda dh masuk ke jalan pedalaman agak susah nk cari stesen minyak..Di sesetengah kawasan ada jalan yg teruk dan ada juga yg banyak lori. Jadi anda perlu berhati2 memotong kenderaan. Setelah sampai di Tip of Borneo ni kami pn berehat2 dulu kerana kepenatan drive.
Pemandangan dari restoran. 2 laut bertemu. Laut China Selatan dan Laut Sulu.
Selesai berehat dan minum2 kami pun berjalan la menuju ke kawasan melihat untuk melihat pemandangan di sana. Memang xdapat dinafikan perjalanan kami yg agak jauh ni memang berbaloi. Sangat cantik.
Cantiknya laut.
Bukti anda telah sampai di sini.
Panorama dari Tip of Borneo.
Sesudah melihat pemandangan yg menakjubkan ini kami pun meneruskan perjalanan ke Gunung Kinabalu. Perjalanan dari Kudat ke Gunung Kinabalu mengambil masa lebih kurang 5 jam. Anda akan dihiasi pemandangan kampung sepanjang perjalanan. Keadaan memang aman dan jauh dari hiruk pikuk kota.
Jangan terkejut. Di sini pn ada sawah padi.
Dari jauh dh boleh nampak Gunung Kinabalu.
Gunung Kinabalu
Perjalanan ke Gunung Kinabalu amatlah meletihkan. Kami sampai di sana lebih kurang jam 7 petang. Waktu lunch memang dh skip la. Perut pn tersangatlah lapar. Tp kami gagahkan diri mencari tempat untuk bermalam dulu. Ingat nak bajet jugakla.
Tp disebabkan terlalu letih dan lapar kami menginap di hotel Sutera Sanctuary Lodges. Sutera Santuary Lodges ni terletak di dalam Kinabalu Park. Reception hotel terletak di sebelah kanan selepas melalui guard Kinabalu Park ni.
Sutera Sancturay Lodges
Setiap chalet di Sutera Santuary Lodges tu mempunyai nama sendiri. Kami menginap di Summit Lodge yg mempunyai 2 bilik, ruang tamu, fireplace, dapur, dan yg penting ada air panas kerana cuaca sangat sejuk. Lg sejuk dari Cameron Highlands. Kos chalet berharga lebih kurang RM640++ sesuai untuk 4 org termasuk breakfast buffet di Balsam Restaurant yg juga terletak di dalam Kinabalu Park ni..Tp disebabkan kami hanya bertiga dapatla diskaun sebanyak RM540++. Oleh sebab kami menginap di dalam Kinabalu Park, entrance fee untuk masuk ke sini adalah percuma. Dan yg penting chalet ni betul2 berhadapan dgn Gunung Kinabalu. Bangun pagi terus nampak..
Selesai check in bilik kami terus keluar semula untuk dinner. Dinner kami untuk malam tu hanyalah nasi goreng dan kepak ayam yg sgt nyummieh..Selepas kenyang kami pun pulang semula ke chalet untuk berehat.
Ni ruang dapur di dalam chalet.
Bilik tidur kedua
Bilik tidur pertama
Fireplace
Itu sahaja untuk hari kedua. Hari ketiga perlu bangun awal pagi untuk melihat Gunung Kinabalu. Nntkan sambungan untuk hari ke-3 pula..
Stay tuned..
No comments:
Post a Comment