Hari ke-3
Hari ke-3 sy bangun seawal jam 6 pagi untuk melihat keindahan Gunung Kinabalu yg betul2 berada di depan mata sy. Walaupun penat semalam masih belum hilang lg, semangat untuk melihat Gunung Kinabalu sgt tinggi. Waktu tu saja yg kita boleh dpt lihat Gunung Kinabalu clearly tanpa ada awan yg menghalang. Tp hasilnya mmg puas hati.
Gunung Kinabalu awal pagi.
Panorama Gunung Kinabalu.
Selepas ambil gambar sy pn tidur semula. Dalam jam 10 pg kami bersiap2 untuk buffet breakfast di Balsam Restaurant. Makanan di sana boleh tahan dan ada pelbagai pilihan. Sewaktu kami di sana makanan buffetnya x dilabel. Tp kata chef di sana makanan di situ dijamin halal. Sambil makan di sini masih lg dapat melihat keindahan Gunung Kinabalu.
Balsam Buffet Restaurant.
Perut pn dh kenyang kami pn balik semula ke chalet untuk kemas2 brg dan sempat lg nk bergamabr. Tp Gunung Kinabalu waktu ni dh ada awan.
Awan mula menyeluputi Gunung Kinabalu.
Kami checkout dulu sebelum sambung berjalan2 di dalam Kinabalu Park ni. Selepas itu kami ke pondok Timpohon untuk melihat Gunung Kinabalu dgn lebih dekat. Tp nasib xmenyebelahi kerana gunung telah diselubungi dgn awan.
Xnampak gunung dh..
Selepas jalan2 dlm Kinabalu Park ni kami pun singgahla ke kedai cenderahati sebelum kami keluar meneruskan perjalanan. Sy membeli keychain yg berharga RM5 sebagai kenangan di sini. Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring yg terletak di Ranau. Dari Kinabalu Park ke sini mengambil masa lebih kurang 1 jam perjalanan. Tujuan kami ke sini bukanlah untuk mandi cuma melihat2 sahaja. Alang2 dh dtg xrugi pun kalau singgah.
Poring Hot Spring
Bayaran yg dikenakan untuk masuk ke Poring Hot Spring adalah RM3. Kaunter tiket boleh didapati di pintu pagar masuk. Sebelum ke kawasan air panas kami dihidangkan dgn air terjun yg berwarna kebiruan.
Air terjun yg jernih
Ini lah kawasan kolam air panas terbuka
Ini kolam air panas macam bath tub
Ada juga di kawasan tertutup di dalam rumah. Selesai melihat2 di sini kami teruskan perjalanan menuju ke canopy walk. Bayaran yg dikenakan untuk canopy walk ni adalah RM3 seorang. Untuk yg mempunyai kamera, caj kamera sebanyak RM5 dikenakan.
Sepanjang pendakian lebih kurang 550m sebelum ke canopy walk ni kita akan dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan. Ada beberapa pondok berehat jika penat mendaki. Sambil mendaki kita menghirup udara yg segar.
Tumbuhan hijau 1
Tumbuhan hijau 2
550m sampai lah di canopy walk
Welcome
Ini lah dia canopy walk
Kita hanya akan berjalan di jambatan gantung ni sepanjang perjalanan. Di bawah anda hanya akan nampak hutan. Jika anda seorang yg gayat tidak disarankan untuk naik jambatan gantung ni. Di sini ada beberapa platform yg fungsinya untuk menyambung jambatan gantung ke jambatan gantung yg lain.
Perjalanan di atas canopy ni mengambil masa lebih kurang 45 minit. Selesai sahaja di canopy walk ni jam sudah pun menunjukkan 4.45 ptg. Jadi kami bergegas untuk meneruskan perjalanan kembali ke Kota Kinabalu.
Semasa perjalanan kembali ke Kota Kinabalu kami singgah di Rumah Terbalik yg terletak di Tamparuli. Nak mencarinya xsusah kerana terletak di bahu jalan bersebelahan stesen minyak Shell. Kadar bayaran masuk untuk Rumah Terbalik ni adalah RM10 seorang.
Di sini semua barang diterbalikkan termasuk kereta dan taman terbalik. Rumah terbalik ni adalah berdasarkan kisah dongeng orang Sabah zaman dulu2.
Rumah terbalik
Kereta pun mau terbalik la.
Pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam rumah tersebut. Tp di dalamnya semua perabot pun terbalik.
Selesai sj melawat di sini kami ke Pasar Malam Filipina untuk dinner pulak.
Menu untuk malam tu..Memang mengancam..
Selepas dinner kami singgah di Pasar Filipina untuk membeli cenderahati. Jam telah pun menunjukkan pukul 9 mlm. Kami bergegas ke airport sebab dh janji dgn tuan kereta sewa nk pulangkan pukul 9.30 mlm. Tiket flight kami pada mlm tu pukul 11.20 mlm. Sebab itu yg paling murah.
Oklah sampai di situ sj percutian di Kota Kinabalu Sabah. Percutian ni memang best. Kalau ada rezeki lg memang sy akan dtg lg ke Sabah ni. Selain makanan yg sedap2 orgnya juga ramah2.
Nntkan tempat2 percutian yg menarik lg dari sy..
Stay tuned...
No comments:
Post a Comment