Hai bertemu kembali..
Kali ni sy akan menceritakan tentang trip ke Pulau Perhentian Kecil Terengganu. Trip ke Pulau Perhentian adalah pada bulan 5 2013. Trip ini terjadi tanpa sebarang plan yg lengkap dan main redah je. Chalet pn tidak di tempah awal2 dgn harapan di sana ada banyak bilik kosong.
Untuk yg memang berhajat nk ke sana, anda boleh tempah flight AirAsia semasa promosi dari LCCT ke Kota Bharu. Harga promosi AirAsia sekarang RM50++ pergi dan balik. Dari airport Kota Bharu boleh naik teksi dalam harga lingkungan RM60++ untuk satu teksi ke Jeti Kuala Besut. Anda pun xperlu susah2 nk drive.
Pulau Perhentian terletak di Kuala Besut Terengganu. Pulau Perhentian terbahagi kepada dua iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Kedua2 pulau ini hanyalah bersebelahan. Dikatakan Perhentian Kecil ini lebih sesuai untuk backpackers dan Perhentian Besar sesuai untuk yg berkeluarga.
Hari Pertama
Perjalanan kami bermula pada pukul 2 pagi supaya apabila sampai di sana kami akan terus menaiki boat ke Pulau Perhentian. Ada beberapa pilihan jalan untuk ke sana. Kami memilih untuk melalui Kuala Terengganu dan terus ke Kuala Besut. Perjalanan dari tol Kajang ke Kuala Besut adalah lebih kurang 7 jam. Kami tiba di Kuala Besut lebih kurang pukul 10 pg. Sesampainya di sana kami terus mencari kaunter tiket boat dan juga chalet untuk ditempah. Keadaan masa itu agak sesak mungkin kerana cuti sekolah telah bermula. Kami telah membeli tiket boat yg akan bertolak pada pukul 11.30 pg dan sewa boat serta peralatan untuk snorkelling pada esok hari. Tiket boat untuk ke Perhentian Kecil dan Perhentian Besar adalah sama harga iaitu RM70 pergi balik seorang. Manakala kos untuk sewa peralatan dan trip snorkelling adalah RM35 seorang.
Selepas selesai urusan di kaunter jualan kami pn mencari kedai untuk breakfast. Makanan di sini harganya pn boleh la tahan. Xmahal atau xmurah. Selesai sj makan kami pn tunggu di jeti Kuala Besut. Di jeti kami tunggu boat dalam sejam. Mungkin ada masalah waktu itu. Cuaca pada ketika itu cerah dan xnampak sebarang tanda akan hujan.
Apabila boat datang penumpang2 yg hendak ke Perhentian Kecil dan Perhentian Besar naik ke boat yg sama. Perjalanan dari jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian mengambil masa lebih kurang 45 minit dgn boat laju.
Ombak pada masa tu agak kuat
Sesampainya di Perhentian Besar, hujan pn mulai turun. Penumpang yg turun di Perhentian Besar terpaksa berbasah seluar sebab xda jeti menurunkan penumpang di sini. Tp jeti menaikkan penumpang ada. Pulau Perhentian Besar pun tidak kurang cantiknya. Namun akibat hujan sudah turun xsempatla nk ambil gambar.
Kemudian boat pn meneruskan perjalanan untuk ke Perhentian Kecil pula. Yg tinggal di atas boat cuma 7 org penumpang sahaja. Perjalanan ke Perhentian Kecil agak mencabar kerana hujan telah mula lebat dan ombak semakin kuat. Titisan air hujan menjadi tajam ketika meredah lautan.
Akhirnya kami pun tiba di Perhentian Kecil. Di sana kami terpaksa transit di atas boat kecil kerana boat laju tidak boleh melalui kawasan berdekatan pantai. Boat kecil tersebut dinamakan sebagai water taxi. Bayaran untuk water taxi adalah RM2 seorang. Ketika itu hujan masih lg lebat. Kami seperti terdampar di pantai kerana perlu mencari chalet terlebih dahulu. Kebanyakannya chalet yg kami pergi semuanya fully booked. Tp ada seorang mamat yg baik hati bgtau ada chalet kosong di Mohsin Chalets.
Mohsin Chalet terletak di atas bukit bukau dan pintu masuk untuk ke chalet ni agak terpencil. Namun dari pantai tidak jauh. Anda perlu mendaki tangga untuk ke bilik dan ke kaunter reception. Bilik di sini berharga RM130 untuk bilik kipas manakala RM170 untuk bilik air-cond. Seluruh pulau tidak mempunyai elektrik ketika siang hari.
Selesai sj check in kami menyimpan brg dan menukar pakaian untuk mandi di pantai. Pantai ketika ini tidak gebu kerana hujan baru reda.
Pantai masih lg basah dan xgebu.
Lautan di sini sgt jernih dan air kebiru-biruan. Mungkin kamera henfon jd xberapa clear sgt la. Laut di sini pula sgt best kerana xda batu karang atau cengkerang. Hanya ada pasir dalam laut tu. Jadi jgn risau kalau takut terpijak batu karang. Dan lg satu anda boleh pergi sehingga ke tengah lautan kerana laut di situ tidak dalam.
Selepas mandi2, perut pun telah mula berkeroncong. Kami pun naik ke pantai dan terus mencari makanan tengahari. Masa tu pun jam dh menunjukkan pukul 4 ptg. Harga makanan di sini berpatutan la jugak. Sepinggan nasi goreng seafood berharga RM10. Makanannya pun boleh tahan. Kena dgn selera. Yela time tu perut dh lapar semua pn bedal je..
Selesai makan kami sambung pula mandi laut. Memang puas hati. Kali ni kami sewa payung di tepi pantai siap dgn tikar sekali. Harga sewaan RM10.
Jam pun menunjukkan pukul 6 ptg. Kami naik semula ke pantai dan balik ke bilik untuk membersihkan diri.
Selesai membersihkan diri dan berehat sebentar kami pun ke Restoran Cayaku di Mohsin Chalets ni. Restoran ni adalah tempat yg sama kauter check-in bilik. Pada hari itu, mereka menyediakan buffet dinner. Harga untuk bbq buffet dinner di situ adalah RM23 seorang. Pelbagai seafood yg fresh2 serta makanan lain juga ada di sini..
Selepas kami kenyang kami ke pantai untuk melihat keadaan di sana. Pada waktu malam keadaan agak meriah di sana. Ramai mat2 saleh lepak di pantai sambil shisha dan juga terdapat bar. Ada juga pertunjukan bermain api. Kami berada di sana hanya beberapa minit sahaja kerana terlalu penat dan keadaan di sana sangat bising. Kami pun pulang ke bilik untuk berehat. Kebaikan bermalam di Mohsin Chalets adalah terhindar dari bunyi bising di pantai dan dapatlah tidur dengan aman.
Hari Kedua
Hari kedua kami pun bersiapla untuk snorkeling + island hoping. Ada 5 point + 1 lunch di Kampung Nelayan. Point 1 kami berenang dengan ikan2 serta terumbu karang yg berwarna warni..Memang terbaikk..Cantik sungguh..Point 2 adalah di turtle bay. Kami bernasib sebab bertemu dgn penyu. Pertama kali tgk penyu memang teruja. Point 3 adalah coral bay. Di sini dpt melihat hidupan laut dan juga coral yg cantik sekali. Berwarna warni. Rasa rugi kerana pada masa tu xda kamera waterproof. Point 4 adalah di shark point. Kami bernasib malang kerana xdapat melihat seekor pn ikan jerung..Tp masih lg dpt melihat coral yg berwarna warni. Di sini lautannya lebih dalam. Betapa jernihnya air sehingga anda boleh lihat sampai ke dasar. Point 5 adalah masa untuk membersihkan diri. Di sini ada sumber air bersih yg mengalir. Mungkin dari air terjun di atas bukit. Tempat singgah yg terakhir adalah di Kampung Nelayan. Kami makan tengahari di sini. Harga makanan di sini pun berbaloi dan seafood yg fresh.
Ignore gambar xlawa tp airnya tetap jernih
Selesai makan kami pun naik semula ke boat untuk pulang ke Perhentian Kecil. Waktu dh menunjukkan 3 lebih. Oleh kerana sudah checkout sebelum snorkelling kami menumpang mandi di hostel Mohsin Chalets ni.
Kami berangkat menaiki boat dlm pukul 5 ptg. Cuaca pada hari ini cerah namun laut memang bergelora. Ombak besar dan tinggi membuatkan peluh jantan tekong ni terkeluar. Kami sampai di jeti Kuala Besut dengan pakaian yg basah walaupun cuaca cerah.
Sampai di sini saja percutian ke Pulau Perhentian Kecil Terengganu. Pengalaman di sini memang menarik dan dapat melihat keindahan alam. Memang akan datang kembali ke sini jika ada rezeki.
Stay tuned...
P/S: tips ke mana2 pulau bawa air mineral banyak2 sebab cuaca panas dan anda mungkin terminum air masin yg sgt banyak dan air mineral di pulau mahal.